::: Weekend . Itu . Indah :::

helo dunia..=)..agak lama patik tak menulis blog. Agaknya patik dah hilang sentuhan menulis. Tapi,minat membaca dan menjelajah blog rakan-rakan masih lagi menebal. Lantas,patik rasa,patik tak seharusnya berhenti menaip. Bak kata diri patik sendiri,menulis merupakan cara meluah yang terbaik sebab tiada siapa akan mencelah.semua sekadar membaca dan akhirnya membuat konklusi sendiri.

Patik sengaja menggunakan kata ganti nama “patik” even sebenarnya patik ni takde pon keturunan mana-mana raja. Sekadar terasa ingin menggunakannya. Kata negara demokrasi. Maka patik pun sengaja la menggunakannya. Patik harap takde pihak yang akan melenting..(kalau melenting pon,patik tak peduli..hahaha)

Weekend yang lalu,patik sangat riang gembira..Nak tau kenapa? Sebab patik dapat jumpa insan tersayang. Ari khamis petang, patik tekadkan hati balik Cheras. Even petang tu ade kelas, Jumaat pagi ada lab n petang ada kuliah polimer,tapi sebab patik nak jugak balik,patik balikkan diri la..=)..Kire patik da memonteng kelas ngan penuh jayanya..Hehehe..Hari jumaat,takde ape pon yang patik buat. Sekadar merehatkan minda dan badan yang da bertungkus lumus membuat proposal. Sabtu, pagi-pagi lagi patik da keluar. Patik tak pegi mengundi pon kawan-kawan,just patik nak gi date..=P

Lame jugak patik menunggu ketibaan Alep n the gang. Boleh pulak makhluk-makhluk tu bersarapan pagi kat Sg Besi tapi tak ajak patik. Kuang asam boi betol. Patik punyala setia menanti kat BTS..Sampai-sampai je, tros pegi Mid.Berpoya-poya. Tujuan asal adalah untuk berjumpe ngan member skola Alep iaitu encik KOm..Lame giler menunggu encik Kom. Sempatla kami bershopping sakan kat Romp. Patik menyambar sehelai seluar silver yang da lama patik cari. Sale bagai nak gila kt Romp. Bagi yang tak pernah pegi tu,baik korang pegi usyar..Cantik menarik beb..=)

Jumper je Encik Kom, tros ke Kenny Rogers. Masing-masing mengorder benda yang mahal. Sesi mengepow ni terdiri daripada Encik PO-g, encik Zalie, Encik Sopek, Encik Alep, Cik Najwa dan Cik Ena..heheh..Terima kasih kepada Encik Kom di atas kebaikan beliau. Sepanjang sesi makan tu,pnoh ngan gelak tawa mengimbau kenangan lama. Disebabkan patik n Ena bkn dak Jenan, maka, kami senyum jerlla..Hohohoh…Pastu, bowling time. Pergh..Orang ramai. patik memecah rekod untuk 2 game berturut2…Adela lebih dari 10 kali bola tu bergolek ke longkang. Tapi ade gak dapat spare..hahaha..Biasala..Da kate hero..=)

Pas main bowling,kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Patik dan Alep ke pasar malam KL..Mencari laksa idaman. Lepas makan, kami pon pulang. Dan bila balik je, mak n abah asik kol. Tanye kat mana. dieorg takot ade rusuhan. Sebab BN kan banyak kalah. Syukur patik selamat sampai. even ade berderet road block.hohohho..malam tu, seb bek patik tak kene leter ngan abah patik sebab pulang da dekat tengah malam. Sebab beliau sebok ngan keputusan PRU12..Maka, terselamatla patik daripada terpakse menahan kebas di telinga yang kemudiannya akan menusuk-nusuk di hati..hihihh

Ahad lagi best. Abah patik ni sokong pembangkang. Mak patik lak kerajaan. Tapi, tak pernah bergaduh pon pasal politik. disebabkan abah nak meraikan kemenangan pembangkang yang tak disangka-sangka (gara-gara rakyat inginkan pembaharuan), maka makan tengahari patik aritu kat kedai ikan bakar. patik melantak ngan jayanya. mengalahkan abah dan mak. Hahahaha…Kemudian, tros parent patik hantar patik ke BTS. sekali lagi patik bertemu ngan encik Alep kembong. Kami ke aquaria. menghabiskan duit kami yang hampir tak bersisa itu..kuangkuangkuang..disebabkan nak jugak beli souvenier, maka kami pon beli la bookmark berharga rm1. sungguh sadis..=)..kemudian,kami dinner kat setiawangsa..makan satay..serius,kami kenyang bangat. Asik makan. Dan akhirnya,masing-masing ade masalah obes..hahahahaa

Di akhir pertemuan, terjadi sedikit adegan air mata. bukan air mata sedih,tapi air mata terharu..Sebab ade dia sebagai peneman hidupku. Terima kasih patik ucapakan kepada buah hati patik Encik Nur Alif Salih bin Musa kerana sudi mewarnai hidup patik.=)

Salam sayang buat semua bloggers. Di lain masa,pasti patik akan mengirim lagi warkah dari laptop patik ni..:P

Leave a Reply